| Hits | Kami menerima 462608 paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007 | |
 | |
e-Mail pilihan - Peringatan Kepada yang suka melancong ke Thailand. Dikirim pada Thursday, June 04 @ 00:34:47 MYT
Topik: e-Mail pilihan
|
Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............... satu peringatan.
I would like to relate to you all an incidence.................. quite recent,
i.e. about two weeks ago...........
After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak
enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with
his wife and brother in-law. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran
dsb.
Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousindan
isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli chocolates
untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa
pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini
mereka letak di counter bayaran.
Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di
atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama.
My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan
meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus
rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.
Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang
sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan
berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).
Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan
bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin
telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi.....
bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.
Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis
untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham
beliau. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke
balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang.
Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk
ikut sama ke balai polis.
Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin
telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau
tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar. Oleh kerana mereka
tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ
disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya
menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok . Bersama beliau di
lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih
sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000
kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen
tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran,
beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan
didakwa mencuri!)
Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS
tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin's wife
menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka.
Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh
keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan
menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba
menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan
beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua
rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan
kita di Bangkok .
Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari
Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya. Dari
RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000..... tapi adik ipar my cousin ini tidak
punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah beberapa lama
berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000.
Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah
membahagi-bahagikan wang tersebut sesame mereka dengan bangganya. Mereka juga
menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing.........
dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang
diperolehi itu.
Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa
majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan
didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut
pun.............). Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa
bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang
penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport
Bangkok . My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau
telah selesai dan beliau dibenarkan pulang.
Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak
imigresyen Bangkok ) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah
habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my
cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk
membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia
................ (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)
Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau
sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat.
Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan
apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat
imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah
diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita............
tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak
kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin
supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam
waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali
stabil.
Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak
mempercayainya.. macam cerita wayang saja.... tapi percayalah.....memang ini
kisah benar.
Please be careful, ok?
|
|
| |
| Login | | Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan. | |
| Nilai Berita | Purata Skor: 0 Undi: 0
| |
|
| "e-Mail pilihan - Peringatan Kepada yang suka melancong ke Thailand." | Login/Daftar | 0 komen |
|
| | Komen adalah tanggung jawab pengirim. |
|
|
|
Anda tidak dibolehkan mengirim sebarang komen, silakan daftar di sini |
|
|