| Hits | Kami menerima 455591 paparan halaman semenjak 27 Oktober 2007 | |
 | |
Kuiz Klasik Pusingan 4 (24 Jun - 7 July 2010) Dikirim pada Friday, June 25 @ 00:11:40 MYT
Topik: Info Meru
|
Beliau adalah Kapten pasukan Kebangsaan untuk pertandingan Piala
Merdeka yang pertama pada tahun 1957.
Beliau mula bermain untuk pasukan Selangor pada tahun 1948 pada umur 20. Beliau
dilantik menjadi Kapten pasukan Kebangsaan dan Selangor pada tahun 1953. Pada
tahun yang sama beliau menerima "International cap" yang pertama menentang
pasukan Hong Kong.
Pada tahun 1958 beliau mewakili pasukan Malaya dalam Sukan Asian dan Sukan SEAP
di Bangkok, dan juga Sukan SEAP di Rangoon pada tahun 1961.
Beliau beraksi untuk kali terakhir di pertandingan Piala Merdeka pada tahun 1960
dimana pasukan Malaya sama-sama menjuarai pertandingan tersebut dengan pasukan
Korea.
Kecederaan lutut memaksa beliau bersara dari pasukan Kebangsaan pada tahun 1962.
Siapakah pemain ini?
Peraturan-peraturan
penyertaan adalah seperti berikut:-
1) Penyertaan adalah melalui e-mel sahaja. Hanya penyertaan yang dihantar ke
kuizklasik@malaysiansuperleague.com akan dilayan.
2) Setiap penyertaan mesti disertai dengan NAMA, No. IC, No. TELEFON, ALAMAT dan
Pusingan keberapa Kuiz.
3) Tempoh penyertaan untuk setiap pusingan kuiz adalah 2 minggu atau 14 hari
dari kuiz soalan yang disiarkan di laman webwww.malaysiansuperleague.com.
4) Hanya 2 pemenang untuk setiap pusingan kuiz.
5) Setiap individu dihadkan kepada satu penyertaan sahaja untuk setiap pusingan.
6) Kuiz ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.
7) Malaysia Super League Sdn Bhd mempunyai hak mutlak untuk memilih pemenang
untuk setiap pusingan kuiz.
8) Kakitangan FAM dan MSL tidak dibenarkan menyertai kuiz ini.
Pasukan Malaya dengan Pasukan Burma sebelum perlawanan pembuka
tirai untuk Pertandingan Piala Merdeka pertama.
Note Sumber:
Malaysia Super League
|
|
| |
| Login | | Belum daftar akaun lagi? Anda boleh daftar di sini. Sebagai pengguna berdaftar anda mempunyai pelbagai keistimewaan. | |
| Nilai Berita | Purata Skor: 0 Undi: 0
| |
|
Topik Bersangkutan
 |
|
| "Kuiz Klasik Pusingan 4 (24 Jun - 7 July 2010)" | Login/Daftar | 0 komen |
|
| | Komen adalah tanggung jawab pengirim. |
|
|
|
Anda tidak dibolehkan mengirim sebarang komen, silakan daftar di sini |
|
|